Translate

Friday, 17 June 2022

E-Portfolio

 CCUB 4621 Usrah Budi 4 (501)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Greetings! I wish you all a very good day ! 😎
Bismillah.

1. Taaruf



Name: Nazirul Azri Bin Mohd Hirol Rizal

Age: 23 years old 

Birthday: 16 July 1999

Place of birth: Penang, Malaysia


*Currently, I am a student in: 

-Third Year, Second Semester

-Matric number: 1919389

-Course: Bachelor Of Arts (Hons.) In Malay For International Communication (MLCOM)

-University: International Islamic University Malaysia (IIUM) , Campus Pagoh, Malaysia


*Favourite Surah: Al-Fatihah

*Favourite verse in the Surah: 6 "Show us the straight way,"



2. Omar Sulaiman's video


Playlist: https://www.youtube.com/watch?v=avxe8ZwAYt0&list=PLQ02IYL5pmhGG5s70g0I5Uf3AY7kmMESl

Surah Taha. Ayat 15:

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap

diri dibalas akan apa yang dia usahakan."


Maka, kita sebagai manusia di muka bumi ini perlulah sentiasa bersiap sedia dengan hari kiamat dengan melakukan

segala persiapan dengan melakukan amal soleh. Hal ini kerana segala amal soleh iaitu amalan kita akan menjadi

saksi di hari perhitungan iaitu hari kiamat kelak (untuk berdepan dengan Allah SWT). Marilah kita lebihkan ibadah

kita dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT.


3. Ramadan


Ramadan is the month in which Muslims all around the world fast for 30 days from dawn to dusk. Fasting

is important during Ramadan as it allows Muslims which is ourselves to devote ourselves to faith and

come closer to Allah. Fasting is one of the Five Pillars of Islam, which form the basis of how Muslims live

their lives. Aside from the religious obligations upon Muslims during Holy month of Ramadan, fasting has

countless health benefits too. From improved weight management and healthier blood cell regeneration

through to better heart function and vascular well-being. Therefore, fasting has benefits to ourselves especially from spiritual to physical and mental. 


In addition, this month also can increase our ibadah and reflection to our Iman. Many Muslims can increase their ibadah such as praying sunnah, Tarawih prayer, donating, reading the Quran, selawat and others good deeds. Overall, Ramadan is a special month in every Muslim's heart and can increase our faith and closer to Allah SWT. 


4. Lailatul Qadr


             Lailatul al-Qadr or the night of power, is considered by Muslims to be the holiest night of Ramadan, the Islamic holy month of fasting. Lailatul Qadr is the night when the Quran was revealed. This night is considered the night that is better than a thousand months. The exact date of Lailatul al-Qadr is unspecified, but it is believed to occur on one of the last 10 days of the month. Many Muslims believe it is either the night of the 27th day of Ramadan, or one of the odd-numbered nights during the final 10 days of the month. Since no one knows exactly which night marks Lailatul al-Qadr, most Muslims observe all of the last 10 nights of Ramadan by offering extra prayers and reciting the Quran. The night commemorates when the Quran was first revealed to the Prophet Muhammad. The beauty of this night is that no one knows when it is going to happen. So, this is to encourage all Muslims to wake up in the middle of the night and perfom ibadah to Allah SWT.



5. World Quranhour



Playlist: https://youtu.be/2Srzbi8ocXc

            World #Quranhour is an initiative programme that created to help all Muslims in learning more about Al-Quran such as learning how to read it properly as well as the meaning behind each verse. This special World #Quranhour episode is about surah As-Sajdah. Many Muslims can recite together with the leader of the recitation on each verse and learn the meaning, insights, and lessons that are being portrayed in each verse. This programme will help us to be closer to the Quran and understand the messages that Allah sent to us, his servants. In conclusion, this programme also conclude the overall lesson and message of surah As-Sajdah.


6. Hadis Berkaitan Hati


Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana seorang insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Selain itu, hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad manusia kerana perkara ini akan menentukan sama ada baik atau buruknya jasad (akhlak) seseorang itu sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam sebuah hadis:

  • Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

Oleh itu, memang terdapat doa khusus yang telah diajar oleh Baginda SAW dalam memelihara hati ini daripada terpesong. Hadis tersebut telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya:

  • Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca: 

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadis ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan berdoa dengan doa tersebut kerana hati ini kadang-kadang cenderung kepada ketaatan dan kadang-kadang pula cenderung kepada kemaksiatan. Selain itu, hati ini juga kadang-kadang cenderung kepada sedar dan kadang-kadang cenderung kepada alpa. Untuk itu, doa ini bertujuan agar ditetapkan hati ini di atas agama tanpa terpesong sedikitpun daripada agama yang mulia dan jalan (agama) yang lurus ini. 

Kesimpulannya, sudah menjadi satu tuntutan kepada setiap insan itu untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT serta memohon kepada-Nya agar dikurniakan segala kebaikan dan dijauhkan daripada segala bala bencana. Di samping itu, hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan manusia yang menjadi faktor utama baik atau rosaknya sesuatu jasad seseorang itu. Akhirnya, marilah sama-sama kita mengamalkan doa yang mulia ini, di samping kita yakin dan berbaik sangka kepada Allah SWT di dalam setiap doa kita. Aamiin.

Resource:https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2273-irsyad-al-hadith-siri-ke-244-status-doa-ditetap-hati


7. Sharing Hadis


*Berdasarkan hadis dari baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina (iaitu dalam keadaan diri dia mulia), Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letak kefakirannya antara kedua matanya, Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina)”

(Hadis riwayat at-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani) )*


From the hadith, akhirat is mentioned as our end goal in this dunya. This hadith reminds us that akhirat is our goal and dunya is not because dunya is the place for us to worship to Allah. So, having akhirat as higher than dunya would help us not too be blind by the things and entertainment in dunya, as we will always remember Allah and do good deeds.


8. Project Sharing Hadis

Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Hal ni kerana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW: Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]


Terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada setiap hari Jumaat:

  • Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Kesimpulannya, hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.